Saturday, 17 November 2012

Buat Bakal Suamiku. InsyaAllah. Aamiin.


Isteri Hamil. Apa Perlu Suami Lakukan.

1. Amalan suami semasa isteri mengandung
Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung :

a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada
dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang
terkandung dalam Al-Quran tersebut.
c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan
isteri
h. Dilarang memakan benda-beda haram, begitu juga dilarang
memberi isteri rezeki yang tidak halal serta wang riba.
i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung
dan keselamatan anak dalam kandungan.
j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak
anak yang akan lahir nanti.
k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada
isteri.
l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah
An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.


2. Adab suami ketika isteri sedang mengandung

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertang-
gungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif
pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang
disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan
terhadap isteri yang sedang mengandung :
a. Suami hendaklah menunjukkan rasa ksih sayang terhadap isteri,
sebagai teman hidup yang paling dekat.
b. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta
hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.
c. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku
dengan isteri sebelum masuk tidur.
d. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.
e. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa
berikut,
" La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "
maksudnya
" Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.
Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan
orang yang zalim. "
f. Suami hedaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


3. Dorongan Suami semasa isteri bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap
isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap
tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan
menjadi tenang dan mudah bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari
segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya
bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepan darah 40% lebih daripada
keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan
kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbul
kan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik
akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di
waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak
adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat
merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-
jawab yang berat itu.

Friday, 19 October 2012

Menyambung Silaturahim


Jika anda betul-betul berkelahi dengan seseorang, ingatlah paling lama anda boleh tidak bertegur sapa hanyalah 3 hari. Selepas itu jika anda tidak bertegur sapa, maka anda telah melanggar tuntutan agama. Anda mungkin tidak rapat dengan orang yang mungkin telah merosakkan hubungan anda, tetapi jika mereka memberi salam dan ingin berbaik maka berilah peluang kepada mereka untuk rapat dengan anda. Sambunglah semula silaturahim yang terputus dengan memberi maaf dan melupakan apa yang telah berlalu.

Orang yang bersalah dalam sesuatu hubungan, janganlah pula terlalu ego untuk memohon maaf. Ingatlah anda tidak perlu sombong untuk jadi pelajar yang baik, rapatlah hubungan sesama manusia dan mustahil anda boleh hidup berseorangan.

Keselesaan Tubuh, Jiwa, Hati dan Lisan


Keselesaan tubuh kerana sedikit makan:
Makan banyak membuatkan pelajar malas belajar, kuat tidur, mudah dapat penyakit dan sebagainya. Sepatutnya makanan yang diambil mestilah berkadar dengan tugasan yang dibuat. Makanan yang diambil juga perlu seimbang dan berzat. Pelajar juga dinasihatkan tidak mengabaikan untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Keselesaan jiwa keran sedikit dosa:
Jiwa yang hidup, jika membuat dosa akan terasa resah dan gelisah. Jika banyak melakukan kebaikan dan mengingati Allah, maka jiwanya akan tenang. Walau bagaimanapun terdapat orang yang bergelumanng dengan dosa tidak terasa apa-apa, malah bangga untuk memberitahu orang lain tentang keburukan yang dibuat.

Keselesaan hati kerana sedikit keinginan:
Hati akan selesa jika tidak asyik memikirkan keinginan yang melampau. Keinginan yang melampau kerana nafsu yang besar; inginkan sesuatu yang hebat-hebat seperti pakaian yang berjenama, telefon bimbit yang mahal dan sebagainya walaupun tidak berkemampuan. Pelajar yang berkemampuan pun boleh menjadi sahabat syaitan jika sentiasa membazir dengan membeli sesuatu yang tidak digunakan atau tidak diperlukan.

Keselesaan lisan kerana sedikit berbicara:
Dengan banyak bercakap maka berkemungkinan akan banyak silap seperti berbohong, mengumpat, mencerca, menyakiti hati kawan dan sebagainya. Kurang bercakap akan mengurangkan ruang untuk melakukan kesilapan. Meskipun demikian, bercakap perkara-perkara yang baik adalah dituntut seperti menasihati orang, menyampaikan ilmu, berdakwah dan sebagainya.

12 Pintu Syaitan

Daripada Imam Al-Ghazali:

''Antara pintu yang syaitan sering gunakan ialah:

  1. Perasaan marah.
  2. Nafsu syahwat.
  3. Perasaan tamak dan dengki.
  4. Kenyang.
  5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda.
  6. Bergantung pada manusia.
  7. Gopah-gapah dan memburu nafsu.
  8. Cinta pada wang ringgit.
  9. Sikap kedekut dan bakhil.
  10. Fanatik mazhab dan kelompok.
  11. Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan perbuatan Allah tanpa ilmu.
  12. Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang islam.
Jadi, elakkan diri anda daripada segala pintu syaitan yang telah anda ketahui.


Zikir ''LAA ILAHA ILLALLAH''


Kalimah ''Laa ilaha illallah'' ialah zikir yang bagus untuk diamalkan dan mendalam maksudnya. Menyebutnya berulang kali bermaksud kita mengagungkan keesaan Allah. Allah ialah tuhan bagi alam yang nyata danyang ghaib. Kita mengesakan Allah sebagai tuhan sekalian makhluk, di bumi, di laut dan di angkasa raya. Sama ada makhluk itu hidup atau mati, bernyawa ataupun tidak, yang kelihatan dengan mata kasar atau dengan kanta, atau yang berada di alam ghaib semua bergantung kepada Allah Yang Maha Perkasa.

Sehelai daun yang jatuh di hutan tebal serentak dengan meletupnya gunung berapi ynag memuntahkan lavanya, semua diketahui oleh Allah Yang Maha Mengetahui. Perkara yang berlaku berjuta tahun lalu, mahupun yang mungkin berlaku sejuta tahun akan datang, sememangnya diketahui Allah Azzawajalla. Seekor semut yang hitam, berada di atas bahu yang hitam pada malam yang gelap-gelita mampu berada dalam penglihatan Allah.

Begitu berat kalimah ''Laa ilaha illallah'' di akhirat kelak. Oleh itu, janganlah pelajar lupa untuk sentiasa membasahi bibir dengan kalimah ini.

Harta Dan Kecantikan


Tidak salah untuk melihat orang yang mendapat kelebihan dari segi harta dan kecantikan, sepatutnya anda pula berusaha untuk mendapatkannya. Ada antara kita yang berhempas pulas berusaha untuk mencari kekayaan.

Ada pula yang membelanjakan duit yang banyak untuk kecantikan diri. Sungguhpun begitu, dalam keghairahan anda untuk mendapatkan semua itu, perlulah juga melihat orang yang serba kekurangan. Melihat orang yang sebegini boleh menimbulkan perasaan syukur kepada ilahi dan qanaah, yakni reda dengan apa yag diperolehi. Ia juga bleh mencetuskan perasaan ingin membantu orang yang serba kekurangan ini.

Jangan Ungkit Kebaikan


Jika anda pernah membantu rakan di sekolah seperti membelanja makan, memberi hutang atau menolong mereka dalam pelajaran, maka janganlah anda suka mengungkitnya kemudian hari kerana ia amat jelas dilarang dalam agama kita berdasarkan ayat di atas. Ungkitan anda akan menyakiti hati orang yang pernah menerima bantuan anda. Hal tersebut akan menghilangkan pahala kebaikan anda. Ungkitan biasanya terjadi bila anda memarahi seseorang. Jesteru itu, berhati-hatilah ketika marah. Jangan sampai tersalah cakap!


Apabila anda memberi sesuatu kepada kawan anda, janganlah suka berbangga yang kononnya anda telah menaman budi yang hebat. Jangan juga anda mengungkitnya apabila pemberian telah dibuat. Terdapat pelajar yang mengharap balasan setelah mereka berbudi dan bila harapan mereka tidak dipenuhi, maka dikatakan orang yang pernah ditolong tidak mengenang budi.

Orang yang suka melabuhkan kainnya merujuk kepada orang yang sombong, tidak juga disukai Allah apabila suka menunjuk-nunjuk pakaian yang dipakainya.