Thursday, 18 October 2012

Cinta Allah


Nampaknya agak mudah untuk anda dicintai Allah. Yang pentingnya anda mestilah mengikuti apa yang Nabi Muhammad s.a.w ajarkan kepada kita. Sunahnya jangan ditinggalkan.

Terdapat dalam kalangan kita yang inginkan cinta Allah, tetapi apa yang Nabi Muhammad s.a.w ajar, tidak kita ikuti dan apa yang Nabi Muhammad s.a.w larang kita tidak jauhi.

Kalau macam ni bukan saja kita tidak mendapat cinta Allah, cinta Nabi Muhammad pun kita tidak perolehi.


Begitu jelas Allah menceritkan bagaimana seseorang itu mudah dicintai-Nya. Allah juga memberitahu kita, apabila kita dicintai Allah, maka segala tingkah laki kita akan dibantu dengan melakukan perkara-perkara yang diredai-Nya. Di samping itu, doa kita juga akan mudah dimakbulkan. Ini semua akan mudah dicapai dengan cara kita melakukan segala perkara yang wajib dan ditambah dengan melakukan amalan-amalan sunat. Oleh itu dalam kesibukan sebagai pelajar, maka janganlah sesekali anda mengabaikan tuntutan agama dan melakukan amalan-amalan sunat. Carilah cinta sejati yakni cinta Allah. Apabila Allah mencintai kita, maka Allah akan sentiasa jaga kita di dunia dan akhirat.


Sekarang masa untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran, bukannya untuk bercinta. Jika tidak dijaga dengan baik, seseorang mudah lupa diri dalam percintaan. Orang yang sebegini tidak lagi nampak kebenaran (contohnya jika pasangannya bukan merupakan seorang yang baik) dan mereka juga pekakkan telinga mereka daripada mendengar nasihat.

Contohnya jika dinasihat ''Jangan terlalu percayakan pasangan, nanti jika berlaku sesuatu hal yang negatif, bahaya.''

Ingatlah bahawa cinta sejati ialah cinta yang tidak melanggar nilai-nilai agama. Bercinta yang sebenarnya bukan berlandaskan nafsu, rupa paras, darjat dan harta.


No comments:

Post a Comment