Anda berada dalam kategori yang mana? Kalau cepat marah dan lambat tenang tu susah. Tidak dapat dinafikan sebagai manusia, kadangkala kita marah kerana Allah memang mengurniakan sifat marah kepada manusia. Pun begitu, marah yang keterlaluan dilarang dalam agama. Ia juga akan memberi kesan negatif terhadap sesuatu hubungan atau kesihatan seseorang.
Seorang pelajar Malaysia di Mesir silap membunuh rakannya yang tidak berdosa disebabkan kemarahan yang melampau. Jadi, pastikan anda berada dalam golongan marah yang terpuji (cepat tenang) jika terlepas marah anda!
Sebagai remaja yang mempunyai ''darah orang muda'', kadangkala perasaan marah boleh menyebabkan seseorang pelajar bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang. Keterlibatan dalam perkelahian dan pergaduhan menjadi aktiviti biasa bagi sesetengah pelajar.
Terdapat juga pelajar yang tidak mampu menangani kekecewaan dengan baik apabila putus cinta, terutamanya perempuan. Bila mereka menghadapi situasi yang sebegini, mereka mudah hilang fokus terhadap pelajaran mereka.
Perasaan seronok pula boleh menyebabkan perubahan fisiologi yang positif, di mana pembekalan oksigen dan nutrien bertambah dan fungsi otak akan meningkat.
Pun begitu, keseronokan dan kegembiraan yang tidak terkawal juga boleh memberi kesan negatif.
Sebagai contoh, pelajar yang sentiasa berjaya dalam aktiviti sukan yang diceburi munkin mudah leka dengan ''dunia glamornya'' yang menyebabkan kurang tumpuan diberikan kepada pelajaran. Ingatlah, emosi perlu dikawal dengan bijak kerana ia boleh membantu pelajar menjadi orang yang lebih berjaya dan seimbang pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment