Keselesaan tubuh kerana sedikit makan:
Makan banyak membuatkan pelajar malas belajar, kuat tidur, mudah dapat penyakit dan sebagainya. Sepatutnya makanan yang diambil mestilah berkadar dengan tugasan yang dibuat. Makanan yang diambil juga perlu seimbang dan berzat. Pelajar juga dinasihatkan tidak mengabaikan untuk memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Keselesaan jiwa keran sedikit dosa:
Jiwa yang hidup, jika membuat dosa akan terasa resah dan gelisah. Jika banyak melakukan kebaikan dan mengingati Allah, maka jiwanya akan tenang. Walau bagaimanapun terdapat orang yang bergelumanng dengan dosa tidak terasa apa-apa, malah bangga untuk memberitahu orang lain tentang keburukan yang dibuat.
Keselesaan hati kerana sedikit keinginan:
Hati akan selesa jika tidak asyik memikirkan keinginan yang melampau. Keinginan yang melampau kerana nafsu yang besar; inginkan sesuatu yang hebat-hebat seperti pakaian yang berjenama, telefon bimbit yang mahal dan sebagainya walaupun tidak berkemampuan. Pelajar yang berkemampuan pun boleh menjadi sahabat syaitan jika sentiasa membazir dengan membeli sesuatu yang tidak digunakan atau tidak diperlukan.
Keselesaan lisan kerana sedikit berbicara:
Dengan banyak bercakap maka berkemungkinan akan banyak silap seperti berbohong, mengumpat, mencerca, menyakiti hati kawan dan sebagainya. Kurang bercakap akan mengurangkan ruang untuk melakukan kesilapan. Meskipun demikian, bercakap perkara-perkara yang baik adalah dituntut seperti menasihati orang, menyampaikan ilmu, berdakwah dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment