Thursday, 18 October 2012

MANUSIA SEBAIK-BAIK KEJADIAN



Dalam Al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Dia menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Potensi yang ada pada kita pada hari ini membolehkan manusia menyelam berpuluh-puluh kilometer ke dasar lautan yang dalam, menawan puncak gunung yng tinggi, meratakan bukit yang besar, menukar lembah menjadi tasik dengan membina empangan, menjinakkan binatang yang buas, terbang ke angkasa raya dengan teknologi yang canggih, mencipta kejayaan satelit yang boleh merakam objek walaupun sebesar 17cm dari angkasa, membina terowong di dalam laut yang menghubungkan Eropah dengan Britain, mencipta telefon canggih yang dulunya hanya dilihat dalam filem-filem sains fiksyen. Kini telah boleh digunakan untuk orang awam, robot canggih yang menyerupai manusia juga sedang giat dicipta di Jepun dan pelbagai kehebatan manusia lagi.


Wow! Apa lagi yang akan terhasil pada masa hadapan? Batu permata yang belum diproses sememangnya tidak nampak kecantikan kilauan dan nilainya. Tetapi setelah digarap, ia menghasikan kilauan dan kecantikan yang menjadi rebutan maharaja ataupun hamba. Oleh itu, garaplah potensi diri yang Allah kurniakan. Dapatkan ilmu dan kemahiran dan sedikit kesabaran. Ingatlah diri manusia adalah sebaik-baik kejadian!



Perbezaan kehebatan kita dengan makhluk lain kita mampu mengatasi tahap malaikat yang sentiasa taat jika kita benar-benar patuh pada Allah. Malaikat tidak menghadapi godaan nafsu atau syaitan tetapi kita sebagai manusia sentiasa terpaksa memenangi peperangan demi peperangan dengan nafsu dan godaan syaitan.



Pun begitu, pada masa yang sama, kita juga mampu menjadi lebih teruk daripada haiwan jika kita tidak patuh kepada agama yakni sering melakukan kesalahan dan sentiasa bergelumang dengan dosa. Ada yang menganggap masa muda mereka untuk foya-foya dan masa tua untuk taubat. Yakinkah umur kita akan panjang sampai ke tua?



Ingatlah kita diberikan akal Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quran untuk membantu kita memilih sama ada untuk melakukan kebaikan atau kejahatan..



Jadi fikirlah baik-baik, kita hendak jadi yang mana satu; mempunyai taraf diri yang lebih tinggi daripada malaikat atau menjadi lebih teruk daripada haiwan?



Jika dibandingkan dengan gajah atau ikan paus, sememangnya manusia mempunyai fizikal yang lebih kecil. Sungguhpun begitu, Allah telah menganugerahkan kepada manusia akal yang menyebabkan manusia yang kecil itu mampu menjadi makhluk Allah yang terbaik. Manusia mampu melakukan banyak pekara-perkara yang hebat sama ada di daratan, lautan mahupun angkasa raya.

Albert Einstein yang dianggap hebat pun dikatakan baru menggunakan hanya sekitar 15% daripada potensi minda yang sebenar.

Kekuatan minda ini membolehkan manusia meneroka angkasa lepas, mendarat di bulan, membina terowong di dalam laut yang menyambungkan Eropah dengan United Kingdom, menawan puncak Gunung Everest yang tinggi, mencipta robot berupa manusia (di Jepun) dan lain-lain lagi.



SEMEMANGNYA manusia mempunyai satu sistem yang kompleks dan potensinya amat menakjubkan. Sistem itu ialah minda yang biasanya dikaitkan dengan otak yang terdapat di dalam kepala seseorang. Otak itu tidaklah besar dan beratnya hanya sekitar 1.3 kilogram sahaja. Sedarilah terdapat kajian yang menganggarkan otak manusia berupaya menyimpan sebanyak 125,500,000,000,000 maklumat.

Selain kekaguman kita terhadap Hafiz Al-Quran yang boleh menghafal lebih daripada 6,000 ayat, terdapat beberapa individu yang hebat ingatannya. Antaranya ialah Gou Yan Ling, seorang telefonis di China pada tahun 1986, mampu mengingati sebanyak 15,000 nombor telefon.

Cara meningkatkan ingatan
  • Jaga pemakanan otak, Makanan yang bagus untuk minda adalah seperti kacang pistachio, gajus, kuning telur, ayam, kismis, madu, air zam zam, susu segar, labu, buah badam, buah kedekai (majalawi) dan seumpamanya.
  • Elakkan makanan ringan serta makanan/minuman yang tercemar oleh semut atau tikus.
  • Menghisap rokok, mengambil dadah, meminum arak juga boleh mengurangkan fungsi otak.
  • Tumpuan yang sepenuhnya ketika belajar.
  • Pastikan had masa yang berkesan ketika belajar.
  • Bermotivasi.
  • Gunakan teknik-teknik mengingat yang diminati dan yang bersesuaian.



No comments:

Post a Comment